Login

Kursus Pendandan Rambut Muda


 

 

 

 

Apa itu pendandan rambut muda?

Pendandan rambut muda adalah individu yang pakar terlatih dalam bidang dandanan rambut.

Apa kurikulum unit kompetensi pendandan rambut muda?

Pendandan rambut muda dipertanggungjawabkan untuk mempelajari asas:

– Penjagaan dan perundingan rambut

– Mencuci rambut

– Mengayakan rambut

– Membuat rawatan kulit kepala dan rambut

– Penyelenggaraan salon rambut

– Peruncitan produk rambut

– Pemotongan rambut

– Pengerintingan rambut

– Mewarna rambut

– Meluntur rambut

– Melurus rambut

– Menyelia salun rambut

 

Syarat kemasukan

Keutamaan akan diberi kepada murid yang boleh membaca, menulis dan mengira atau tamat Tingkatan 3 atau mempunyai Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Persijilan Kemahiran Malaysia

Calon-calon yang telah dinilai dan disahkan memenuhi syarat-syarat Persijilan Kemahiran Malaysia akan dianugerahkan masing-masing dengan Sijil Kemahiran Malaysia untuk tahap 2 dan 3. Bagi mereka yang telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3, layak untuk melanjutkan kemahiran ke tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) dan tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia).

Kelayakan Kemahiran Malaysia

TAHAP 2 (Tahap Operasi dan Pengeluaran).

Terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja di dalam pelbagai konteks, sebahagiannya adalah tidak lazim dilakukan serta memerlukan tanggungjawab dan autonomi diri.

TAHAP 3 (Tahap Penyeliaan).

Terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja di dalam pelbagai konteks, kebanyakannya adalah kompleks dan tidak lazim dilakukan. Mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri yang tinggi, di samping mengawal dan memberi panduan kepada yang lain.

 

Secara umumnya, Pendandan Rambut Muda membantu individu dalam memaksimumkan penampilan individu khasnya dalam mereka bentuk rambut pelanggan. Pendandan rambut muda biasanya bekerja di salun rambut, di pejabat-pejabat korporat atau institusi  pendidikan atau menyediakan kerja dandanan rambut mengikut lokasi yang ditetapkan oleh pelanggan.

 

Sasaran Kerjaya

– Tenaga pengajar

– Perunding produk kecantikan rambut

– Terapis rambut

– Terapis kecantikan

– Kaunselor

– Konsultan kecantikan

– Pengkaji kecantikan

– Perunding imej

– Usahawan

Industri berkaitan

– Pendidikan

– Pusat latihan

– Pelancongan


 

 

Organisasi Tempatan

 

31, 5thFloor,

Jalan PJU 1/41,

Block D1, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 603-7806 5629

Fax: 603-7806 2199

15-1 & 15-2,

Jalan 14/22, Right Angle, 46100 Selangor.

Tel: 603-79572019

Email: mha@go4hc.com

print

Course Reviews

N.A

ratings
  • 5 stars0
  • 4 stars0
  • 3 stars0
  • 2 stars0
  • 1 stars0

No Reviews found for this course.

TAKE THIS COURSE
  • FREE
  • UNLIMITED ACCESS
STUDENTS ENROLLED

Kalendar

August 2019
M T W T F S S
« Jul    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Who’s Online

There are no users currently online
top

© 2018 e-Jejak. Qira Webs All rights Reserved.