Login

Kursus Pembantu Penyediaan Makanan 


 

 

 

 

Apa itu pembantu penyediaan makanan?

Pembantu penyediaan makanan bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah hotel, restoran atau lain-lain unit pengeluaran makanan komersial.

Apa kurikulum unit kompetensi pembantu penyediaan makanan?

Pembantu penyediaan makanan dipertanggungjawabkan untuk mempelajari asas:

– Pengendalian makanan, kebersihan dan keselamatan dapur

– Teknik memasak

– Pengeluaran sos, sup dan stok.

– Menyediakan hidangan pertama

– Menghasilkan beras dan tepung

– Menyediakan makanan pembuka selera

– Menyediakan sarapan

– Menyediakan Dessert

– Mengendalikan aktiviti katering

– Mengawal kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan

– Menyelia tugas pentadbiran makanan

 

Syarat kemasukan

Keutamaan akan diberi kepada murid yang boleh membaca, menulis dan mengira atau tamat Tingkatan 3 atau mempunyai Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Persijilan Kemahiran Malaysia

Calon-calon yang telah dinilai dan disahkan memenuhi syarat-syarat Persijilan Kemahiran Malaysia akan dianugerahkan masing-masing dengan Sijil Kemahiran Malaysia untuk tahap 2 dan 3. Bagi mereka yang telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3, layak untuk melanjutkan kemahiran ke tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) dan tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia).

Kelayakan Kemahiran Malaysia

TAHAP 2 (Tahap Operasi dan Pengeluaran).

Terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja di dalam pelbagai konteks, sebahagiannya adalah tidak lazim dilakukan serta memerlukan tanggungjawab dan autonomi diri.

TAHAP 3 (Tahap Penyeliaan).

Terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja di dalam pelbagai konteks, kebanyakannya adalah kompleks dan tidak lazim dilakukan. Mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri yang tinggi, di samping mengawal dan memberi panduan kepada yang lain.

 

Secara umumnya, individu bekerja di bawah waktu operasi organisasi / syarikat. Mereka bekerja secara individu atau dalam kumpulan modular dengan persekitaran yang kondusif dan pengudaraan yang baik.

 

Sasaran Kerjaya

– Chef selebriti

– Promoter makanan

– Eksekutif pemasaran untuk syarikat makanan dan minuman

– Pensyarah

– Chef

Industri berkaitan

– Institusi Latihan

– Sektor Awam

– Pembuatan Makanan

– Hospitaliti dan Pelancongan

 

print

Course Reviews

N.A

ratings
  • 5 stars0
  • 4 stars0
  • 3 stars0
  • 2 stars0
  • 1 stars0

No Reviews found for this course.

TAKE THIS COURSE
  • FREE
  • UNLIMITED ACCESS
STUDENTS ENROLLED

Kalendar

August 2019
M T W T F S S
« Jul    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Who’s Online

Profile picture of ejejakmalaysia
top

© 2018 e-Jejak. Qira Webs All rights Reserved.